Wednesday, April 2, 2008

Kisah Sedih Mama

3hb Dis 2007, bermulalah kisah sedih dlm hidup ayah & mama serta seluruh keluarga kami. Anak mama mengalami sesak nafas. Seperti biasa dlm jam 10pagi mama & ayah akan hantar awisy ke umah ibu (baby sitter). Waktu tu anak mama dlm keadaan sihat,langsung tidak menangis bila ditinggalkan..maklum ler dah 1bln lebih ibu jaga waktu mama kerja.

Kita tak tau benda nak jadi,ptg dlm jam 4 lebih ibu call mama mintak balik segera. Katanya anak tak sihat. Sebelum ni pernah juga diminta balik sebab anak mama tak nak susu botol, waktu lepas cucuk 3bln. Meragam lar…tapi kali ni lain. Kebetulan mama memang on d way balik dan terus pick up ayah yang kebetulan bersama kawan di McD sebelah rumah kami lalu ke rumah ibu. Bila sampai, anak mama telah di bawa ke Damansara Damai Medical Centre. Di sana Dr. telah mengeluarkan susu dari paru2 dan diberi bantuan oksigen dan dikejarkan ke Hospital Sg. Buloh dgn ambulance. Buat kali pertama mama menaiki ambulance. Terus di hantar ke emergency room. Dari jam 5ptg – 3pg di emergency . Tak tau nak cakap perasaan kami mcm mana…di sana Dr. stabilkan oksigen dlm badan sebelum dihantar ke HKL. Dr. di Sg. Buloh tak boleh nak buat apa sebab takde yang pakar. Anak mama disahkan mengalami pendarahan di kepala dan masalah paru2. Oksigen tak dpt dipam sepenuhnya ke paru2 sebaliknya di luar paru2. Paru2 jadi kempis disebabkan udara di luar jadi perlu ditebuk untuk di buang extra oksigen tu. 2 lubang di tepi dada kiri dan 1 di kanan dibuat.

Bayangkan berapa lama anak mama di buat mcm2 depan mata mama..masa nak hantar ke HKL,dah masuk dlm ambulance keluar balik sbb tak stabil..masa tu depan mata mama. Nampak Dr. tekan dada anak mama, ya Allah..Tuhan je taulah. Masa tu ayah dah ke parking nak amik kete sbb nak follow ambulance. Meraung mama, nasib ada ibu..sama2lah kita meraung!!! Stabil dan terus ke HKL. Lagi sekali mama naik ambulance, 10minit jer dah sampai,punya le laju.

Sampai HKL terus ke PICU dan jam 10pagi bru kami dpt tgk awisy. Sementara tu kami tunggu di sofa PICU. Hari pertama di PICU Dr. kata anak mama kritikal sebab oksigen tak dapat pam satu badan..yg paling penting otak!! Selain pendarahan di kepala dan mata. 50-50 dan suruh panggil keluarga. Satu keajaiban jika sembuh dan jika selamat pun tidak seperti sedia kala. Kami perlu bersedia apa jua kemungkinan yg akan berlaku. 6 hari di PICU, Alhamdulilah makin hari anak mama kian sembuh dan dipindahkan ke wad biasa (KK2). Dan 12 hari di sana akhirnya awisy dibenarkan pulang namun seminggu lagi anak mama akan menjalani pembedahan mata kiri yg mana pendarahannya agak serius berbanding kanan.

26hb Dis 2007, awisy dimasukkan ke wad mata HKL utk pembedahan. 27hb Dis 2007, anak mama selamat menjalani pembedahan dan keesokkannya dikeluarkan. Seminggu selepas itu, awisy perlu menjalani pembedahan mata kanan pula, namun ada masalah dan ditangguhkan. Awisy mengalami muntah2 dan jangkitan di tekak kesan dari titis ubat mata setiap 2jam..8hb Jan 2008, anak mama menjalani pembedahan kedua dan selamat. 3 hari selepas itu dibenarkan pulang ke rumah. Waktu itu, mama jua dalam keadaan delima samada terima tawaran KPLI atau tidak…dan akhirnya mama lepaskan peluang tersebut demi anak mama yg satu ini. Mama korbankan segalanya utk anak mama. Anggap ianya bukan rezeki dan ada hikmah disebalik setiap kejadian.

Dan hari ini (2hb April 2008) genap usia anak mama 8bln, Alhamdulillah…anak mama semakin sihat walau perlu jalani follow up dan fisioterapi. Dari hari ke sehari anak mama makin cergas walau perkembangannya terbantut. Perlu ajar banyak perkara semula seperti mengiring, meniarap dll. Bagi mama yang penting anak mama berada di sisi setiap waktu dlm keadaan sihat. Mama juga sudah berhenti bekerja.

Mama hanya ingin berkongsi pengalaman bersama kawan2. Pengalaman menjaga anak mama di HKL dan berada di dalam dewan bedah mencabar kekuatan dan kesabaran mama. Allah menguji dan mendugaan keimanan,kesabaran kami (ayah & mama). Ianya salah satu hikmah di sebalik kejadian ini. Kami menjadi lebih kuat.

Terima kasih buat tok mak,nenek dan atuk serta seluruh ahli keluarga atas doa, sokongan dan dorongan kalian. Juga buat kawan2, yang banyak memberi semangat buat ayah & mama. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua. Terima kasih yang tak terhingga juga buat mama Wanie kerana mendoakan kesihatan anak mama di depan Kaabah. Terima kasih semua.

No comments: