Friday, April 25, 2008

Cak Mama!!



Kami ni duduk berdua kat umah dari pagi sampai le ke petang. Boring2 mama amik le gambo. Tapi kitaorang guna hp mama jer yg sentiasa di sisi...tu yg pics blur skit.

Saturday, April 19, 2008

Nape jari mama?



Cian mama...jari luka kene pisau. Pisau dah tak kenal tuan, 'rajin' sangat ke dapur. So jahit 2 jarum. Luka agak dalam. Terpaksalah ayah uruskan awisy time mandi..dan take over kerja2 di dapur. Thanks ayah. Lain kali hati2 tau mama!!


Saturday, April 5, 2008

Nyenyaknya...


Anak mama ni if ayah balik keje mmg camni. Ngada lebih, nak ayah layan, tidokan atau apa sajer. Macam tau ayah dah balik. If tak merenget2 le dia. Pics ni plak mama amik curi2. Mmg tido betul tau bukan pose. Seksi la plak ayah, mujur anak mama cover perut tuh!!

Smile...



Anak mama dah pandai pose semula....Senyum sayang.

Friday, April 4, 2008

Ada Cerita Lagi....

Ada kwn2 mama nak tau nape boleh ada pendarahan kat kepala n mata sampai mata kene oprate...mama pun xde jawapan tuk soalan tu. Jatuh, tu andaian doktor. Tapi sepanjang dalam penjagaan mama & ayah xpernah jatuh. Tak tau masa bersama ibu, tapi ibu kata takde jugak. Bukan tak percayakan ibu, tapi nak percaya pun susah. Dari apa yg ibu cerita, anak mama menangis kuat dalam buai..waktu tu ibu kat luar amik baju jemuran..bila ibu datang, anak mama sesak nafas n dah lembik. Tak taulah hari2 sebelum tu anak mama ada jatuh atau tidak.

Masa kat HKL pihak hospital report n polis dtg siasat. Tapi mama tak nak pjgkan cerita sbb waktu tu mama nak jaga anak mama. If mama bukak kes lagi leceh nak layan byk org dtg siasat,pening kepala mama. Jika benar pun anak mama jatuh di rumah ibu, itu mungkin bukan sengaja. Terlepas pandang. Mungkin tergolek atau jatuh dari bantal sebab anak mama tgh belajar meniarap..Hospital report takut kes dera tapi tidaklah...ibu kan jaga abg hazrul & kak hazira (ank sepupu mama) sebelum ni. Alhamdulillah jer. Anak mama ni lahir 36minggu (8bln).

Ada byk teori kata baby 8bln memang akan jadi muda semula..itu yg tak boleh salah sikit, biar lahir 7bln. Apa pun bagi mama ini semua dtg dari yg Esa, tuk menguji mama serta ayah.
Allah sudah tentukan perjalanan hidup kami sebegi, siapalah mama utk menyalahkan ibu. Tapi awal kejadian mmg mama marah & geram sgt kat ibu sbb tak jaga anak mama baik2. Alhamdulillah mama dikelilingi dengan org2 yg kuat imannya. Tok Mak siap bg mama & ayah air yasin tuk pulihkan semangat selain solat hajat & doa yg xputus dari mama & ayah seta keluarga dan rakan2. Sekali lagi terima kasih semua.

Wednesday, April 2, 2008

Play Time

Awisy duk main sambil tgk tv tau, jangan nangis mama nak ber'chatting' dgn kwn2 jap.

27hb Dec 2007

This pic masa lepas operate mata kiri...baru keluar dari dewan bedah.
Cian anak mama kecik2 dah diduga sebegini...Sayangku kaulah kekuatan ayah & mama.

Kisah Sedih Mama

3hb Dis 2007, bermulalah kisah sedih dlm hidup ayah & mama serta seluruh keluarga kami. Anak mama mengalami sesak nafas. Seperti biasa dlm jam 10pagi mama & ayah akan hantar awisy ke umah ibu (baby sitter). Waktu tu anak mama dlm keadaan sihat,langsung tidak menangis bila ditinggalkan..maklum ler dah 1bln lebih ibu jaga waktu mama kerja.

Kita tak tau benda nak jadi,ptg dlm jam 4 lebih ibu call mama mintak balik segera. Katanya anak tak sihat. Sebelum ni pernah juga diminta balik sebab anak mama tak nak susu botol, waktu lepas cucuk 3bln. Meragam lar…tapi kali ni lain. Kebetulan mama memang on d way balik dan terus pick up ayah yang kebetulan bersama kawan di McD sebelah rumah kami lalu ke rumah ibu. Bila sampai, anak mama telah di bawa ke Damansara Damai Medical Centre. Di sana Dr. telah mengeluarkan susu dari paru2 dan diberi bantuan oksigen dan dikejarkan ke Hospital Sg. Buloh dgn ambulance. Buat kali pertama mama menaiki ambulance. Terus di hantar ke emergency room. Dari jam 5ptg – 3pg di emergency . Tak tau nak cakap perasaan kami mcm mana…di sana Dr. stabilkan oksigen dlm badan sebelum dihantar ke HKL. Dr. di Sg. Buloh tak boleh nak buat apa sebab takde yang pakar. Anak mama disahkan mengalami pendarahan di kepala dan masalah paru2. Oksigen tak dpt dipam sepenuhnya ke paru2 sebaliknya di luar paru2. Paru2 jadi kempis disebabkan udara di luar jadi perlu ditebuk untuk di buang extra oksigen tu. 2 lubang di tepi dada kiri dan 1 di kanan dibuat.

Bayangkan berapa lama anak mama di buat mcm2 depan mata mama..masa nak hantar ke HKL,dah masuk dlm ambulance keluar balik sbb tak stabil..masa tu depan mata mama. Nampak Dr. tekan dada anak mama, ya Allah..Tuhan je taulah. Masa tu ayah dah ke parking nak amik kete sbb nak follow ambulance. Meraung mama, nasib ada ibu..sama2lah kita meraung!!! Stabil dan terus ke HKL. Lagi sekali mama naik ambulance, 10minit jer dah sampai,punya le laju.

Sampai HKL terus ke PICU dan jam 10pagi bru kami dpt tgk awisy. Sementara tu kami tunggu di sofa PICU. Hari pertama di PICU Dr. kata anak mama kritikal sebab oksigen tak dapat pam satu badan..yg paling penting otak!! Selain pendarahan di kepala dan mata. 50-50 dan suruh panggil keluarga. Satu keajaiban jika sembuh dan jika selamat pun tidak seperti sedia kala. Kami perlu bersedia apa jua kemungkinan yg akan berlaku. 6 hari di PICU, Alhamdulilah makin hari anak mama kian sembuh dan dipindahkan ke wad biasa (KK2). Dan 12 hari di sana akhirnya awisy dibenarkan pulang namun seminggu lagi anak mama akan menjalani pembedahan mata kiri yg mana pendarahannya agak serius berbanding kanan.

26hb Dis 2007, awisy dimasukkan ke wad mata HKL utk pembedahan. 27hb Dis 2007, anak mama selamat menjalani pembedahan dan keesokkannya dikeluarkan. Seminggu selepas itu, awisy perlu menjalani pembedahan mata kanan pula, namun ada masalah dan ditangguhkan. Awisy mengalami muntah2 dan jangkitan di tekak kesan dari titis ubat mata setiap 2jam..8hb Jan 2008, anak mama menjalani pembedahan kedua dan selamat. 3 hari selepas itu dibenarkan pulang ke rumah. Waktu itu, mama jua dalam keadaan delima samada terima tawaran KPLI atau tidak…dan akhirnya mama lepaskan peluang tersebut demi anak mama yg satu ini. Mama korbankan segalanya utk anak mama. Anggap ianya bukan rezeki dan ada hikmah disebalik setiap kejadian.

Dan hari ini (2hb April 2008) genap usia anak mama 8bln, Alhamdulillah…anak mama semakin sihat walau perlu jalani follow up dan fisioterapi. Dari hari ke sehari anak mama makin cergas walau perkembangannya terbantut. Perlu ajar banyak perkara semula seperti mengiring, meniarap dll. Bagi mama yang penting anak mama berada di sisi setiap waktu dlm keadaan sihat. Mama juga sudah berhenti bekerja.

Mama hanya ingin berkongsi pengalaman bersama kawan2. Pengalaman menjaga anak mama di HKL dan berada di dalam dewan bedah mencabar kekuatan dan kesabaran mama. Allah menguji dan mendugaan keimanan,kesabaran kami (ayah & mama). Ianya salah satu hikmah di sebalik kejadian ini. Kami menjadi lebih kuat.

Terima kasih buat tok mak,nenek dan atuk serta seluruh ahli keluarga atas doa, sokongan dan dorongan kalian. Juga buat kawan2, yang banyak memberi semangat buat ayah & mama. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua. Terima kasih yang tak terhingga juga buat mama Wanie kerana mendoakan kesihatan anak mama di depan Kaabah. Terima kasih semua.

Tuesday, April 1, 2008

Masih di Rumah Tok Mak

Nie ptg, senyum bila mama riba, memang suka sgt di pegang!! time nie gelap sikit. Tok Mak kata kulit ank mama ikut cuaca...



This pic pagi,bru bgn tido...tu yg mata sembab. Macam ank cina matanya. Ikut ayah sepet..but kulit ikut mama ek! Apa pun ank mama mesti cepat sihat tau. Cepat meniarap semula...tulang kene kuat tau!

Alhamdulillah...Anak Mama Dah Sihat


Nie gambar kat umah tok mak...lama gak ler kita ulang alik KL-Muar kan. 2minggu Muar 2minggu KL. Sian ayah tinggal terpaksa antar kita & tinggal sorang kat KL. Bukan apa mama xmenang tangan bila ayah keje..anak mama xnak tinggal langsung. Mama nak mkn,solat pon susah...Kat kg ada tok mak,acik & Tanter Yet (maid mak aku). Sikit2 citer k..nanti sambung lagi..

Sehari Sebelum Kejadian di Rumah Ibu


ni plak sehari sbelum kejadian...sihat waktu ni, genap usia 4bln. tgh belajar nak niarap.
sekarang ni dah lupa sume...xpe janji ank mama ada di sisi mama sepanjang masa...

Di Wad KK2 HKL


ni plak masa kat wad...sian ank mama
minum guna tiub kt hidung...
nasib mama ada pengalaman jaga arwah tok Bak dulu
mata bulat tapi xnampak..ada pendarahan
Alhamdulullah...skrg sume selamat..
mmg byk sabar masa mama jaga awisy nih...18hari kat HKL

MUHAMMAD FAID DARWISY

Pics masa sakit...storynya nanti mama update k...
Pics yg small tu masa dalam pantang lg....